۞ PENGIKUT

Thursday, January 27, 2011

PERTANDINGAN: Debat Keamanan Ala Presiden 2011 (UPNM)

Pada 16-19 Januari 2011, buat pertama kalinya, Pertandingan Debat Keamanan dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bertempat di Esset Bangi, pertandingan yang menggunakan format debat ala presiden ini melibatkan 32 pasukan daripada IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia.

Universiti Pendidikan Sultan Idris diwakili oleh UPSI 1: Ahmad Baihaqi & Noraini Munawar, manakala UPSI 2: Suhaimi A. Rahman & Muhd Hisyam Assim. Berikut merupakan tajuk-tajuk yang telah diputuskan oleh pihak penganjur dalam pertandingan kali ini:

Pusingan Pertama:
Jika saya mewakili Malaysia ke PBB, saya akan usulkan Wikileaks perlu disekat

Pusingan Kedua:
Jika saya Presiden US, operasi ketenteraan di Timur Tengah saya diteruskan

Pusingan Ketiga:
Kalau saya mewakili Malaysia ke Bank Dunia, Dinar Emas saya usulkan sebagai remedi ekonomi global

Pusingan Keempat:
Jika saya Pengerusi ASEAN, saya mengusulkan Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi

Pusingan Kelima:
Jika saya Pengerusi Kesatuan Afrika (AU), Referendum Pemisahan Sudan 2011 saya boikot, demi keamanan serantau

Pusingan Keenam:
Jika saya Presiden Iran, sasaran nuklear saya tujukan kepada Arab Saudi, bukan Israel

Pusingan Suku Akhir:

Jika saya PM Malaysia, saya mengusulkan satu Inovasi terhadap Keselamatan Teknologi Maklumat Malaysia

Pusingan Separuh Akhir:
Jika saya PM Malaysia, demi keamanan, ISA saya mansuhkan

Pusingan Akhir 3/4:

Jika saya PM Malaysia, Revolution in Military Affairs (RMA) menjadi keutamaan dalam bajet, demi keselamatan

Pusingan Akhir:
Jika saya PM Malaysia, saya usulkan perdebatan berkaitan hal rakyat secara terbuka boleh menggugat keamanan negara

Tahniah kepada UKM atas kejayaan bergelar juara sulung Debat Keamanan Ala Presiden. Tahniah juga kepada UPNM atas kejayaan penganjuran debat kali ini.

1 comment:

  1. assalammualaikum..boleh sya dpatkan butiran pndebat krana saya ingin mdpatkan maklumat lanjut berkenaan debat ala presiden..boleh hbungu sya di no 0175694190/01140752773

    ReplyDelete