۞ PENGIKUT

Tuesday, February 23, 2010

Kejohanan Debat Terbuka ASTAR 2010

Kejohanan Debat Terbuka ASTAR telah diadakan di Asrama Tunku Abdul Rahman (ASTAR) Universiti Malaya (UM) pada 17 hingga 21 Februari 2010. Biarpun kejohanan Debat Terbuka Astar ini tidak mempunyai kerjasama dengan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Namun Kejohanan ini mempunyai prestijnya tersendiri dalam landskap Seni Orator Antara IPT Malaysia.

Tujuan Kejohanan Debat Ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda pendebat Universiti seantero Malaysia yang berpotensi untuk digilap ke peringlkat yang lebih tinggi. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dengan pasukan Universiti lain di kejohanan tersebut.




Pasukan UPSI B dianggotai oleh Mohd Faizal Bin Azmi, Muhammad Fawiz bin Bakri, Noraini binti Ahmad dan Mohd Shahril Khasin.





Pasukan UPSI A di wakili oleh Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman, Mohd Radzi bin Abdul Halim, Mohd Ismadi bin M. Zain dan Mohd Loqman Hakim bin Abd Rahman.


Pasukan UPSI B telah berjaya mengharumkan nama UPSI apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Berbekalkan margin 7.83 dan menang 4 daripada 6 saringan, telah melayakkan diri ke peringkat oktofinal. Di Peringkat Oktofinal, mereka berjaya mengalahkan pasukan IPG Sultan Mizan dengan perdebatan yang panas dan sengit. Namun di peringkat suku akhir, mereka terpaksa akur dengan taktikal pasukan debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang lebih kemas berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaupun tewas kepada Pasukan UTM, pasukan UPSI B telah berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri apabila pasukan yang dikira 'under dog' mampu menempatkan diri dalam kalangan pasukan Universiti terkemuka yang lain. Hal ini juga terbukti apabila setiap pendebat dalam pasukan UPSI B telah mendapat anugerah pendebat terbaik dalam 3 pusingan awal.




Pasukan UPSI A juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan universiti lain dengan memenangi 3 daripada 6 pusingan saringan. Biarpun mereka tidak berjaya ke pusingan oktofinal, kehadiran mereka masih lagi dirasai dan memberi perkembangan positif dalam membentuk prestasi seorang pendebat yang berwibawa.




TAHNIAH Delegasi pendebat UPSI ke Kejohanan ASTAR 2010


No comments:

Post a Comment