۞ PENGIKUT

Tuesday, February 23, 2010

tentatif prgram n usul piala pengetua KAB

USUL PIALA PENGETUA KAB


1. Pisang lebih enak dari epal

2. Krisis rumah tangga orang ketiga bawa bahagia

3. Isu Harimau Muda sandiwara FAM

4. Rancangan realiti TV keuntungan no.1 kebajikan sosial no 2

5. F1 1 Malaysia bukti pembaziran

6. Artis Malaysia lebih sudu dari kuah

7. Nicol Ann David sinar terakhir sukan skuasy

8. Siti Nurhaliza lebih baik daripada Celine Dion

9. Blog wajar diharamkan

10. Media massa punca krisis artis

11. Doramon lebih baik daripada superman

12. Pertandingan ratu cantik : pengeksploitasian wanita

13. Pembantu rumah : Kita tidak prihatin

14. Ahli politik perlukan Doktor Falsafah

15. Pindaan AUKU : Menggari mahasiswa

16. Filem Malaysia melepaskan batuk ditangga

17. Sekolah Berprestasi Tinggi : Rumah siap pahat berbunyi

18. Kanak-kanak perlu lebih bermain

19. Kembali ke bahasa Melayu lambang memartabatkan Bahasa Melayu

20. Infrastruktur sukan Malaysia: hangat-hangat tahi ayam


Tentatif Program Debat Piala Pengetua KAB


Jumaat : 26 Februari 2010


7.30 pagi : Ketibaan para peserta

pendaftaran peserta dan hakim pertandingan

8.00 pagi : cabutan undi

9.00 pagi : Saringan 1

11.00 pagi : Saringan 2

1.00 tengah hari : Rehat, makan tengah hari dan solat Zohor

3.00 petang : Saringan 3

5.00 petang : Saringan 4


Sabtu : 27 Februari 2010

2.00 ptg : Ketibaan para peserta

2.15 ptg : Cabutan usul

3.00 ptg : Suku Akhir

5.00 ptg : Separuh Akhir

6.30 ptg : Keputusan separuh akhir


Ahad : 28 Februari 2010

9.30 pagi : Ketibaan para peserta

10.00 pagi : Pusingan Akhir



p/s : setiap kolej sila maklumkan kepada sy baper team yg nk antar..perlu tindakan segera...........

Kejohanan Debat Terbuka ASTAR 2010

Kejohanan Debat Terbuka ASTAR telah diadakan di Asrama Tunku Abdul Rahman (ASTAR) Universiti Malaya (UM) pada 17 hingga 21 Februari 2010. Biarpun kejohanan Debat Terbuka Astar ini tidak mempunyai kerjasama dengan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Namun Kejohanan ini mempunyai prestijnya tersendiri dalam landskap Seni Orator Antara IPT Malaysia.

Tujuan Kejohanan Debat Ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda pendebat Universiti seantero Malaysia yang berpotensi untuk digilap ke peringlkat yang lebih tinggi. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dengan pasukan Universiti lain di kejohanan tersebut.




Pasukan UPSI B dianggotai oleh Mohd Faizal Bin Azmi, Muhammad Fawiz bin Bakri, Noraini binti Ahmad dan Mohd Shahril Khasin.





Pasukan UPSI A di wakili oleh Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman, Mohd Radzi bin Abdul Halim, Mohd Ismadi bin M. Zain dan Mohd Loqman Hakim bin Abd Rahman.


Pasukan UPSI B telah berjaya mengharumkan nama UPSI apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Berbekalkan margin 7.83 dan menang 4 daripada 6 saringan, telah melayakkan diri ke peringkat oktofinal. Di Peringkat Oktofinal, mereka berjaya mengalahkan pasukan IPG Sultan Mizan dengan perdebatan yang panas dan sengit. Namun di peringkat suku akhir, mereka terpaksa akur dengan taktikal pasukan debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang lebih kemas berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Walaupun tewas kepada Pasukan UTM, pasukan UPSI B telah berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri apabila pasukan yang dikira 'under dog' mampu menempatkan diri dalam kalangan pasukan Universiti terkemuka yang lain. Hal ini juga terbukti apabila setiap pendebat dalam pasukan UPSI B telah mendapat anugerah pendebat terbaik dalam 3 pusingan awal.




Pasukan UPSI A juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan universiti lain dengan memenangi 3 daripada 6 pusingan saringan. Biarpun mereka tidak berjaya ke pusingan oktofinal, kehadiran mereka masih lagi dirasai dan memberi perkembangan positif dalam membentuk prestasi seorang pendebat yang berwibawa.




TAHNIAH Delegasi pendebat UPSI ke Kejohanan ASTAR 2010


Wednesday, February 17, 2010

ASTAR 2010






KBDM doakan kalian semua berjaya

Usaha sudah dilakukan

Sama - sama kita berdoa

Buat yang terbaik

Tawakal kerana ALLAH

Thursday, February 11, 2010

SENARAI USUL DEBAT TERBUKA ASTAR 2010

Assalamualaikum dan Salam Ibu Kandung Suluh Budiman.

Sekadar Perkongsian Info buat komuniti Debat, Usul Debat Terbuka ASTAR 2010 telah dikeluarkan seperti berikut:


Usul Debat Terbuka ASTAR bagi Pendidikan ialah:

1. Lambakan Graduan Pendidikan, Silapnya Pada Graduan

2. Semua IPT Wajar Dinaik taraf sebagai 'Universiti R&D'

3. Sudut Pidato: Satu Langkah ke Belakang

4. Kini, Mahasiswa Malaysia Sudah Merdeka

5. Kembali ke Bahasa Melayu, kerana Kita Belajar dari Kesilapan

6. Sekolah Berprestasi Tinggi, Satu Lagi Jenama


Usul Debat Terbuka ASTAR bagi SOSIAL ialah:

1. 'Malaysia Boleh' Tidak Lagi Relevan

2. Promosi 1Malaysia Sangat Berkesan

3. Sudah Tiba Masanya, Malaysia Mempunyai Bank DNA

4. Perkhidmatan Internet Jalur Lebar Perlu Dirakyatkan

5. Lambakan Realiti TV Bukti Keuntungan No. 1


Usul Debat Terbuka ASTAR bagi EKONOMI ialah:

1. Penstrukturan Subsidi Minyak, Tidak Perlu Tergesa-gesa

2. 2010: Ekonomi Akan Pulih

3. Harga Barang Terkawal, Sukar Dikawal

4. Kewangan Islam Saingan Kewangan Konvensional

5. Bajet 2010: Adil


Usul Debat Terbuka ASTAR bagi ANTARABANGSA ialah:

1. Copenhagen 2009, Sinarnya Sudah Ada

2. Obama: Mungkir Janji

3. Gempa Bumi Haiti: Dunia Belum Cukup Empati

4. Sebenarnya, Israel adalah Polis Dunia

5. Krisis Tamat dengan Pemberian Kuasa Autonomi

6. Majlis Keselamatan PBB Perlu Mengharamkan Peperangan



Usul Debat Terbuka ASTAR bagi POLITIK ialah:

1. Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan

2. Perlembagaan Persekutuan Tidak Lagi Dijunjung

3. Akhirnya, Sandiwara Politik Semakin Reda

4. Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini

5. Suruhanjaya Perlantikan Hakim: Hangat-hangat Tahi Ayam

6. Ahli Politik Perlu Ada Jenama Sendiri



Usul Debat Terbuka ASTAR bagi SUKAN ialah:

1. Piala Thomas 2010: Bagai Pungguk Rindukan Bulan

2. Harimau Muda ke Slovakia: Alternatif Tepat

3. Fanatik EPL: FAM Perlu Bertindak

4. Pendidikan Jasmani di Sekolah, Hanya Anak Tiri

5. Penganjuran Sukan Olimpik, Kita Sudah Berkemampuan



Usul Debat Terbuka ASTAR bagi HUMOR ialah:

1. Siti Nurhaliza Lebih Merdu daripada Kris Dayanti

2. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Membawa Bahagia

3. Juara Lagu Dipolitikkan

4. Rumah Siap, Pahat Masih Berbunyi

5. Kipas Lebih Baik daripada Pendingin Hawa


SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA PENDEBAT YANG AKAN BERENTAP DI KEJOHANAN DEBAT TERBUKA ASTAR 2010

Tuesday, February 9, 2010

Teruskan Perjuangan


Esok 10. 2 .2010

Pasukan UPSI akan bertemu pasukan USIM

di suku akhir

Pertandingan Debat Kefahaman Islam

Semoga Berjaya

Teruskan Perjuangan


Friday, February 5, 2010

SEMOGA BERJAYA


Selamat Maju Jaya buat pasukan IKIM

Doa kami mengiringi perjuangan kalian semua