۞ PENGIKUT

Wednesday, January 27, 2010

INFO TERKINI

Assalamualaikum dan Salam Ibu kandung Suluh Budiman


Peringatan semula mengenai tarikh - tarikh penting :


8. 2.2010 - 12.2.2010 akan berlangsungnya :



  1. Pertandingan Debat IKIM di Institut Kefahaman Islam
  2. Pertandingan Debat Islamik di UPSI anjuran Persatuan Pendidikan Islam dengan kerjasama MPP ( pasukan di bawah fakulti )


17 . 2. 2010 - 21.2.2010 akan berlangsungnya Pertandingan Debat Terbuka ASTAR di Universiti Malaya.


Sehubungan itu, maka berbesar hati pihak MT agar semua pendebat meneruskan latihan seperti biasa.



Latihan berkala di KHAR akan diteruskan seperti biasa :

27 JANUARI 2010

Di depan dobi KHAR

Jam 9 malam

( Pendebat KHAR dan KUO diwajidkan hadir )

Pengendali Latihan : Noraini Ahmad & Fawiz Bakri



Latihan di KAB dan KZ turut berjalan serentak pada 27 JANUARI 2010

Sekian Harap Maklum..

Mutiara Kata: Orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah mahu mencuba..



Tuesday, January 26, 2010

JAKET KELAB


Kepada ahli baru yang ingin menempah jaket ini sila hubungi :


Ahmad Baihaqi



**Harga bergantung kepada kuantiti tempahan


Kerjasama anda amat dihargai

Saturday, January 23, 2010

PEMBETULAN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

PENGUMUMAN TERBARU..

KEPADA SEMUA AHLI KELAB PENGUCAPAN AWAM UPSI

LATIHAN BERPUSAT AKAN DI JALANKAN SEPERTI BIASA.


TARIKH: 24 JANUARI 2010

HARI : AHAD

TEMPAT: DEWAN KULIAH N. UPSI

MASA: 9.00 PAGI-5.00 PETANG

KEHADIRAN DIWAJIBKAN.


PENGISIAN LATIHAN:

1) LATIHAN DEBAT BERCORAK ISLAMIK

2) TEORI DAN AMALI

DIHARAPKAN KEHADIRAN ANDA DAPAT MEMBERI MANFAAT SECARA BERSAMA..

Friday, January 22, 2010

PERCUTIAN



Beberapa orang pendebat telah mencadangkan agar seisi keluarga debat bercuti bersama - sama


Masa yang dicadangkan adalah selepas peperiksaan akhir semester


Terdapat beberapa cadangan untuk ke Pulau Langkawi


Sekiranya ahli keluarga yang lain mempunyai tempat - tempat yang menarik


Boleh mencadangkan dan juga mencari tempat penginapan


Kemudian kita akan putuskan dalam mesyuarat

Sunday, January 17, 2010

Sekitar Debat Piala Pengetua KHAR





















Gambar yang bakal menceritakan masam, manis, suka, duka dan pahit sekitar Pertandingan Piala Pengetua KHAR

Tahniah kepada pendebat - pendebat baru yang berjaya menggugat pendebat lama

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi

Terima kasih dan jutaan tahniah buat pendebat " senior " yang berusaha keras untuk menjayakan program

Semoga pengorbanan kalian akan dibalas oleh ALLAH S.W.T

Saturday, January 16, 2010

Saringan Piala Pengetua KHAR

Siapakah yang bakal menjadi juara



PIALA PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID BAKAL JADI REBUTAN



adakah KHAR mempertahankan kejuaraan



KUO bakal memberi saingan



KAB pantang mengalah



Nantikan dan saksikan saringan Piala Pengetua KHAR sempena PA'10 di foyer - foyer blok KHAR


pada


16 & 17 Januari 2010


16 bermula pada jam 2 petang


dan


17 pada jam 7.30



Semoga berjaya buat semua pasukan

Friday, January 15, 2010

PENTING

Memandangkan pihak kerajaan dengan berbesar hati memberikan surat khabar percuma


Maka, dengan ini semua pendebat mahupun ahli Kelab Debat Bahasa Melayu


DIWAJIBKAN


untuk mendapatkan naskah percuma tersebut setiap hari


dan membacanya



Tiada alasan lagi untuk anda tidak mengetahui isu semasa

Sunday, January 10, 2010

Latihan dan Perjumpaan

Untuk semua ahli Kelab Debat dan Pengucapan Awam UPSI, sesi latihan dan perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah N
Catatan : Bawa RM5 untuk yuran

p/s: Anda digalakkan membawa lap-top bagi memudahkan proses pencarian bahan. TK.

Saturday, January 9, 2010

USUL DEBAT ISLAMIK

1. Demi Kesejahteraan Islam: Peperangan Adalah Wajar

2. Isu Agama Patut Dibincang Secara Terbuka

3. Isu Kalimah Allah: Keputusan Mahkamah Adalah Wajar

4. Isu Islam Agama Pengganas: Akibat Salah Tafsir Jihad

5. Pengurusan Agama Islam Di Malaysia Perlu Diselaraskan

6. OIC Pelindung Umat Islam

7. Sistem Perbankan Islam Alternatif Kepada Sistem Konvensional

8. Kadar Mas Kahwin Wajar Dinaikkan

9. Tahaluf As-siasi Politik Adalah Releven

10. Masalah Penghinaan Terhadap Islam: Kebebasan Media Perlu Disekat

11. Pakatan Rakyat: Agenda Islam Terpinggir

12. Ulamak Ekstrem Lebih Baik Daripada Ulamak Toleran

13. Isu Hadhanah: Keputusan Kerajaan Adalah Wajar

14. Isu Asia Barat: Salah Umat Islam

15. Krisis Matawang Dunia: Dinar Emas Adalah Jawapan Terbaik

16. Dunia Islam Masih Perlukan Amerika Syarikat

17. Isu Palestin: Salahuddin al-Ayubi Baru Diperlukan

18. Obama Mengecewakan Dunia Islam

19. Kelemahan Sistem Pendidikan Punca Kerosakan Akhlak Remaja

20. Kebangkitan Dunia Islam: Kekuatan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kekuatan Politik

USUL DEBAT PIALA PENGETUA KOLEJ HARUN AMINURRASHID

1. Krisis MCA: Integriti Dikorbankan

2. Krisis MCA; Tun Ghaffar Baba Baru Diperlukan

3. Gabungan Politik Hanya Lakonan

4. Politik Wang: Kita Sudah Terlambat

5. Kemelut Politik Perak: Integriti Mengatasi Agenda Peribadi

6. SPRM Umpama Ibu Tiri

7. ISA: Madu Bukan Hempedu

8. Satu Malaysia: Agenda Nasional Bukan Agenda Politik

9. Skandal Enjin Jet: Suruhanjaya Diraja Perlu Dibentuk

10. Integriti Politik: Malaysia Model Yang Terbaik

11. Integriti Kepimpinan Melambangkan Integriti Masyarakat

12. Pelan Integriti Nasional: Impian Menjadi Realiti

13. Rasuah Punca Kemusnahan Negara

14. Pintasan Bajet 2010: Hanya Gurauan Biasa

15. Cukai GST Wajar Dikuatkuasakan

16. Liberalisasi Ekonomi: Kita Tidak Rugi

17. Kepincangan Integriti Punca Krisis Ekonomi

18. Dasar Terbuka Lebih Baik Daripada Dasar Tertutup

19. Peningkatan Harga Barang Kawalan: Kuasa Pengguna Adalah Jawapannya

20. Pengabaian Etika Kewartawanan Punca Kemelut Politik Semasa

21. Kebebasan Media Tidak Perlu Disekat

22. Hak Asasi Hanya Catatan Bukan Amalan

23. Jenayah Di Malaysia Semakin Membimbangkan

24. Usaha Pemuliharaan Alam Sekitar Hanya Retorik

25. Pengamalan Etika Perniagaan Di Malaysia Membanggakan

P/S: Saringan-16 dan 17 Januari 2010, Akhir-24 Januari 2010