۞ PENGIKUT

Friday, December 31, 2010

PERTANDINGAN: Debat Diraja Antara IPTA 2010

Pertandingan Debat Diraja Antara IPTA 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2010 sehingga 22 Disember 2010. Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat yang berprestij ini dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).


Delegasi Pasukan Debat Bahasa Melayu UPSI


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghantar 3 pasukan untuk kategori Debat Bahasa Melayu, 2 pasukan untuk Kategori Debat Bahasa Arab dan Debat Bahasa Inggeris. Delegasi UPSI ke pertandingan Debat Diraja kali ini menunjukkan perkembangan positif dalam memajukan lagi bidang seni orator Universiti.


Pasukan Utama 1 dari kiri: Kadir, Baehaqie, Fazila dan Anies



Dalam Kategori Utama Bahasa Melayu, Pasukan Utama 1 UPSI yang dibarisi oleh Ahmad Baehaqie bin Mohd Yunos, Nor Fazila binti Asirnar, Nadia Fitriyana binti Ahmad Narzaray dan Mohd Kadir bin Ali telah memberi saingan dalam pertandingan dengan memenangi 3 daripada 6 perlawanan saringan.



Pasukan Utama 2, dari kiri: Faizal, Ihtifazudeen, Fawiz dan Aini
Sesi Kuarantin selama 30 minit


Begitu juga dengan Pasukan Utama 2 UPSI yang digandingkan kali kedua selepas kejohanan Debat Terbuka Astar iaitu Mohd Faizal Azmi, Muhammad Fawiz bin Bakri, Noraini binti Ahmad dan Mohd Ihtifazudeen bin Ridzuan juga telah memenangi 3 daripada 6 perlawanan saringan.


Biarpun kedua-dua pasukan tidak berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, namun keadaan tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang sehabis daya. Menang kalah adalah adat pertandingan dan mereka percaya pasti akan ada rezeki di masa hadapan.




Delegasi Pasukan Debat Bahasa Arab UPSI
Majlis Malam Anugerah MADUM


Dalam kategori Bahasa Arab pula, untuk Kategori Utama, Pasukan Debat Bahasa Arab UPSI dibarisi oleh Rozielah binti Azmi, Wan Mohd Adam bin Abd. Halim, Khairul Hanis binti Nazarudin dan Faisal bin Ibrahim telah membanggakan UPSI apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir biarpun baru pertama kali mewakili Universiti dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab.

Dengan kejayaan ini, diharapkan akan akan membakar lagi semangat mereka untuk menimba pengalaman dan mencari rentak dalam seni pengucapan awam demi nama Universiti.



Pendebat Bahasa Arab yang berpotensi


Kejayaan mereka bertambah manis apabila pasukan Muda Debat Bahasa Arab UPSI yang diwakili oleh Nazilah binti Said, Muhammad Maghfur bin Ibrahim Akhibi, Nurazizah binti Maafop, Siti Naquiyah binti Mohd Suyut turut berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir. Dengan kejayaan ini telah membuktikan mereka berpotensi besar untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh dalam bidang seni orator.




bergambar kenangan sekitar UTHM

Thilaga, Sanjay dan Fawiz

Selepas Pertandingan akhir Debat Diraja


Bagi Debat Bahasa Inggeris pula, pasukan Muda UPSI 2 yang diwakili oleh Sanjiya Narayanan Pamusamy, Thilaga Ravinthar, Ter Boon Hoon dan Suria Bhawani Gohbalan telah berjaya memenangi 3 daripada 5 perlawanan saringan. Manakala Pasukan Muda UPSI 1 yang diwakili oleh Hazri Shahreen bin Hashim, Nurul Ain binti Mohd Jamil, Nor Farhana binti Ahmad dan Sangitha Rajandran telah menunjukkan prestasi yang baik dengan memberi saingan kepada Universiti-Universiti yang lain.


Sebelum masuk dewan pertandingan

Dalam Kategori Bahasa Melayu Muda, Pasukan Muda UPSI yang dibarisi oleh Noraini Munawar, Mohd Hisyam Hasim, Mohd Shahril Khasin serta Mohd Idris bin Abdul Ghani yang mengantikan Asmadi bin M Zain . (terpaksa menarik diri atas masalah peribadi). Mereka telah berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir bagi Kategori Muda. Mereka telah memberi saingan sengit dengan pasukan UiTM muda 2 di peringkat separuh Akhir dengan usul Dewan Ini percaya Modifikasi Genetik Menjejaskan Alam Sekitar. Syabas kepada Pasukan Muda UPSI.


Noraini Munawar

Alumni UPSI/Pendebat Senior yang memberi sokongan penuh.
Nadiah Che Rahim dan Halimatul Saadiah Mohd Akir


Pasukan UPSi juga diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pendebat Senior UPSI yang tidak jemu memberi sokongan padu kepada pasukan Debat UPSI. Kehadiran mereka amat dirasai memberi kesan besar kepada mental dan semangat kepada para pendebat UPSI. Kejayaan Alumni Pendebat UPSI sama ada kategori Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris juga banyak menyuntik semangat kepada Pendebat Muda agar gigih berusaha bagi mencontohi kejayaan yang telah berjaya dicipta oleh mereka di peringkat yang lebih tinggi.





Memetik Kenyataan Ketua Juri Debat Diraja 2010, Dr Ramzah Dambul, (UMS), ada pelbagai mazhab debat di Malaysia, yang dianuti oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Dek kerana Orator itu satu seni, tentu sekali ia boleh didekati dari sudut dan dimensi yang berlainan.

Ada yang melihat debat sebagai pertentangan fakta dan pengetahuan sepenuhnya. Ada juga yang suka melihat kepada aspek taktikalnya. Tentang bagaimana pendebat Memanipulasikan elemen mantik dan semantik-untuk menghasilkan bujukan.

Ada juga yang suka pada retorik. Iaitu kepintaran pendebat membuai sentimen, menerusi permainan kata-kata. Jika dikuasai dengan baik, ia juga boleh menghasilkan bujukan yang tinggi.


Pasukan Muda UPSI Mohd Shahril, Noraini, Hisyam dan Mohd Idris


Maka secara dasarnya, Debat Diraja 2010 telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada Pasukan Debat UPSI. Ianya bukan memenuhi dua pra-syarat asas iaitu pintar membaca dan mahir mendengar sahaja. Debat ini juga bukan mengenai retorik bahasa dan huraian empirikal semata-mata. Tapi jelas dengan Isu biasa dalam debat iaitu kebanjiran idea. Maka dengan adanya pertandingan ini, kemahiran tertinggi dalam debat iaitu daya selektif dapat dipupuk dalam diri para pendebat.



Selain itu, para pendebat UPSI dapat meningkatkan lagi prestasi dan menguasai isu dan pengetahuan semasa dalam melahirkan warga ibu kandung suluh budiman yang berjaya bukan sahaja dalam kefasihan berkata-kata tapi tajam dalam pemikiran. Sekalung Tahniah kepada Semua Delegasi Pendebat UPSI ke pertandingan Debat Diraja Antara IPTA 2010.


:FB:


Sunday, December 26, 2010

USUL: DEBAT PIALA PENGETUA KHAR 2011

Debat Piala Pengetua KHAR 2011

SOSIAL
1.     Generasi Muda Kita Patriotik.
2.     Bloggers: Duri Dalam Daging.
3.     Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal.
4.     Setelah 53 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan.


PENDIDIKAN
1.     Lambakan Graduan Pendidikan, Silapnya Pada Graduan.
2.     Pendidikan kita ketinggalan.
3.     Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
4.     Universiti APEX Tidak Cukup Satu.


POLITIK MALAYSIA
1.     Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini.
2.     Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan.
3.     1 Malaysia Simbol Politik.
4.     Ahli Politik Kita Mementingkan Perpaduan.

*SEMUA USUL DI ATAS ADALAH GABUNGAN USUL YANG TELAH DIBERIKAN OLEH SETIAP KOLEJ.. SEMOGA BERJAYA.. 
 
PIALA PENGETUA KHAR
2011
MILIK SIAPA...??

NANTIKAN JAWAPANNYA..

Tuesday, November 2, 2010

PERTANDINGAN: Debat Perpaduan 2010

Pada 16 hingga 20 Oktober yang lalu, Pertandingan Debat Perpaduan telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan menampilkan pasukan debat daripada pelbagai IPTA mahupun IPTS. UPSI telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada Noraini Munawar, Nor Fazila Asirnar, Mohd. Hisyam Assim dan Ter Hong Boon.

Terdapat 6 saringan yang diadakan sebelum peserta layak ke peringkat suku akhir.

Saringan pertama : UPSI ( pembangkang ) vs UTHM ( kerajaan )
Isu Perpaduan Dipolitikkan. Usul diterima dengan margin 2.

Saringan kedua : UPSI (pembangkang) vs UM
Perpaduan Kaum di Malaysia Masih Di Takuk Lama. Usul diterima dengan margin selesa.

Saringan Ketiga : UPSI (kerajaan) vs Lim Kok Wing (pembangkang)
Isu Perpaduan : Perjalanan Kita Masih Jauh. Usul diterima margin 5.67

Saringan Keempat : UPSI ( kerajaan ) vs USM ( pembangkang )
Kahwin Campur Adalah Jawapan Kepada Integrasi Nasional. Usul ditolak margin 4

Saringan Kelima : UPSI ( kerajaan ) vs UNIMAP ( pembangkang )
Rukun Negara Masih Dijunjung. Usul diterima margin 4

Saringan Keenam : UPSI (kerajaan) vs MMU2 (kerajaan)
Ahli Politik Kita Mementingkan Perpaduan. Usul diterima margin selesa

Dengan margin keseluruhan 1.17, UPSI menduduki ranking ke-11 daripada 22 buah pasukan yang bertanding. Walaupun tidak layak ke peringkat suku akhir, pencapaian UPSI amat membanggakan lebih-lebih lagi dengan kemunculan pendebat baru di dalam pasukan ini iaitu Muhd Hisyam Assim dan Ter Hong Boong.

Thursday, October 7, 2010

KEJAYAAN: PIDATO KEPENGGUNAAN

Pertandingan Pidato Kepenggunaan antara IPT Negeri Perak menyaksikan pemidato UPSI, Muhammad Azli bin Md. Ali muncul sebagai johan menewaskan tujuh pemidato yang lain. Pertandingan yang diadakan pada 4 Oktober 2010 itu diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak.
        Bertemakan Kuasa Pengguna: Satu Pengguna Satu Suara, Muhammad Azli telah menyampaikan pidato  yang bertajuk Penyalahgunaan Jualan Langsung. Berdasarkan hujah, bahasa dan penyampaian yang mantap, Muhammad Azli telah berjaya menambat hati hakim dan juri awam untuk dinobatkan sebagai johan. Selain piala pusingan, Muhammad Azli membawa pulang wang tunai, piala iringan, sijil dan buku. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato’ Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan, dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.
        Naib johan dimenangi oleh Nur Ilani dari UniKL RCMP, manakala tempat ketiga diraih oleh Az-Zahra dari IPG Kampus Ipoh, Perak. Pertandingan ini turut disertai oleh UTP, UiTM Perak, Politeknik Ungku Omar, Institut Teknologi Perak, dan UniKL MIMET. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Kelab Pengucapan Awam UPSI pada masa akan datang. Insya-Allah.

Wajah-wajah ceria
Bersama pemidato yang lain
Muhammad Azli bersama Dato' Mah Hang Soon dan Pengarah UiTM Perak


::NM::

Monday, September 27, 2010

SYABAS CIKGU


Abang Kazarudin


Abang Hairi



Abang Faiz



Abang Kamarudin


Kakak Siti Habibah



Abang Johan


Selamat kembali buat semua Alumni Kelab Pengucapan Awam UPSI untuk majlis

KONVOKSYEN KE - 12 SIDANG DUA

dan pengiktirafan sebagai anak kandung suluh budiman. Semoga ALLAH mudahkan kalian

menjadi pendidik anak bangsa.

PEMILIHAN: Debat Perpaduan & Debat Munsyi 2010

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI KELAB PENGUCAPAN AWAM

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEWAKILI UNIVERSITI UNTUK PERTANDINGAN


DEBAT PERSAHABATAN MUNSYI

Tarikh : 10 Oktober 2010

Masa : 8.00 - 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar Bitarasiswa

Pasukan : UPSI vs IPPM



*DEBAT PERPADUAN

Tarikh : 16 - 20 Oktober 2010

Tempat : Universiti Malaysia Perlis

* Bukan Melayu amat digalakkan untuk hadir


BOLEHLAH HADIR UNTUK PEMILIHAN


PEMILIHAN AKAN DIADAKAN DI :

Tempat : Bilik Persatuan Bitarasiswa

Tarikh : 27 September 2010

Masa : 8 - 10 malam

Panel Pemilih : Cik Syariza Haryati ( Pegawai HEP ) dan En. Razali Ayob ( Penasihat )

TAHNIAH


Tahniah atas perlantikan saudara Amirul Ridzuan bin Abdul Rahman sebagai Presiden Kelab

Pengucapan Awam UPSI sesi 2010/2011. Saudara Amirul Ridzuan merupakan presiden

termuda dalam sejarah penubuhan Kelab Pengucapan Awam UPSI. Saudara Amirul Ridzuan

mula berkecimpung dalam dunia perdebatan sejak semester satu. Beliau pernah menyertai

Pertandingan Debat Diraja 2009, Debat Terbuka Arau 2010 dan Debat Alam Sekitar 2010.

Berbekalkan semangat dan azam baru, saudara Amirul akan berusaha untuk membuat

beberapa penambahbaikan untuk kelab seperti mencari jurulatih tetap untuk pasukan debat

dan pidato UPSI, memperbaiki sistem pengurusan sedia ada dan menyelaraskan sistem latihan

semua kolej. Saudara Amirul seorang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah,

minor Kesusasteraan Melayu, semester tiga, tahun dua. Seluruh warga Kelab Pengucapan Awam

mengucapkan syabas dan tahniah, semoga kita dapat sama - sama memperkasakan Kelab

Pengucapan Awam UPSI.

CATATAN: Rumah Terbuka


Tetamu yang hadir : Abang Radzi dan Abang Rizal


Pada 24 September 2010, Cik Nadia Fitriyana telah megadakan rumah terbuka sempena

Aidilfitri bertempat di No 21, Taman Bahtera, UPSI, Tanjong Malim.

Selaku mantan Presiden Kelab Pengucapan Awam UPSI, semua pendebat dan

pemidato telah dijemput hadir. Kemeriahan sangat dirasai tatkala kehadiran tetamu yang

menceriakan suasana dengan cerita - cerita masa lalu.


Pendebat - Pendebat yang sudah lama tidak beraksi


Kebanyakan junior debat melahirkan rasa sedih dan sebak apabila berbicara mengenai amanat

yang diamanahkan oleh Cik Nadia Fitriyana semasa majlis tersebut. Semester ini adalah

semester terakhir buat Ahmad Baehaqi, Nadia Fitriyana, FAzilah, Adnan, Rasmini, Saiful Rizal,

Ahmad Radzi, Abdul Kadir, Faizal dan Eddy Sabree


Saling bermaafan antara abang dan adik



Terima kasih kepada Cik Syariza Haryati ( Pegawai HEP ) yang sudi hadir


Kepada semua senior yang bakal berpraktikal..semoga ALLAH memudahkan kalian semua,

bawalah kelainan semasa anda berpraktikum dan jadikan ukhuwah yang kita bina ini utuh

selamanya.


Terima kasih atas dorongan, sokongan dan tunjuk ajar selama ini

Tuesday, August 3, 2010

MESYUARAT AGUNG 2010

Salam
.
Mesyuarat Agung KDBM akan diadakan pada 5 ogos 2010
Bertempat di DKN
Jam: 8 Malam
.
Kehadiran adalah diwajibkan
.
Semoga kepimpinan kali ini akan memberikan anjakan kepada KDBM
.
Semoga KDBM UPSI akan terus maju


p/s: dr insan kerdil Ravern Aries

Wednesday, July 21, 2010

Pertandingan Debat Alam Sekitar 2010

Edisi Debat Alam Sekitar telah kembali dan kali ini diadakan di Universiti Malaysia Terenganu. Debat Alam Sekitar merupakan kejohanan Debat kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Kejohanan kali ini diadakan pada 16 Julai 2010 hingga 19 Julai 2010.


Pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diwakili oleh Amirul Ridzuan bin Abdul Rahman, Muhammad Fawiz bin Bakri, Nadia Fitriyana binti Nazaray dan Mohd Suhaimi bin Abd. Rahman. 


Biarpun tidak berjaya melepasi peringkat suku akhir, namun Pasukan UPSI telah berjaya memberi saingan dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi menempatkan diri antara Universiti berpotensi. Berikut merupakan hasil prestasi UPSI:


Saringan pertama menemukan UPSI dengan Unitar dengan usul Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar, UPSI berjaya memenangi perlawanan dengan margin selesa iaitu 6.67 dan menduduki ranking ke 3.


Saringan kedua pula semakin sengit apabila pasukan pendebat UPSI bertemu dengan UIA. Usul Isu Alam Sekitar, Ngo Menangguk di Air yang keruh, UIA telah memenangi perlawanan dengan margin 3.25. kedudukan berubah menjadi 8.


Saringan ketiga menemukan pasukan UPSI dengan Swing, Pasukan UPSI berjaya membuktikan usul Prasarana Terbina Alam Sekitar Merana, dengan menang margin 2.0. Kedudukan UPSI berubah menjadi ranking 5.


Saringan keempat pula sekali lagi menemukan UPSI dengan pasukan UIA. Perdebatan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi. Usul Program Mekanisme Bersih (CDM) lebih menguntungkan syarikat berjaya dibuktikan oleh UPSI apabila memenangi perlawanan dengan margin tipis 1.0. Ranking UPSI menjadi 4.


Saringan kelima UPSI bertemu dengan pasukan yang diberi jolokan 'Naga yang baru bangun dari tidur' iaitu UTHM. Berbekalkan Usul, Penggunaan Air Tanah Membawa Bencana Kepada Alam Sekitar. UPSI telah ditumpaskan oleh UTHM dengan juri 2:1 dan margin 2.25. Ranking UPSI berubah menjadi tempat ke 7.


Saringan keenam pula UPSI bertemu dengan pasukan MMU. Dengan Usul Pengurusan buangan Elektrik dan Elektronik Berjaya dilaksanakan. MMU telah memenangi perlawanan dengan margin besar iaitu 6 menyebabkan kedudukan ranking UPSI jatuh menjadi 12.


Biarpun kedudukan UPSI secara keseluruhan menjadi 12, Namun saringan awal hingga 5 telah menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya menempatkan pasukan dalam kedudukan 8 terbaik daripada 22 Universiti yang bertanding. Pencapaian ini merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan biarpun UPSI telah kalah kepada MMU, namun masih membuktikan mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah kepada Pasukan Pendebat UPSI di Kejohanan Debat Alam Sekitar edisi 2010.



Nadia Fitriyana membuat pembidasan.


Amirul Ridzuan membuat sesi penggulungan.
UMT menjadi Tuan Rumah.  Berlatarkan pasir pantai yang memutih.







:FB:

Saturday, June 5, 2010

USUL DEBAT ALAM SEKITAR 2010


Assalamualaikum~

kepada semua pendebat UPSI..


AMBIL PERHATIAN !!!


sila klik untuk besarkan imej..

semua pendebat diminta untuk membuat research dan pemilihan akan diadakan secepat mungkin

Friday, March 5, 2010

USUL DEBAT INTEGRITI EDISI 2010

debat integriti akan diadakan pada,
12 Mac- 16 Mac 2010,
di Universiti Malaysia Sabah...

kepada semua ahli kelab,

doakan kejayaan delegasi UPSI,

moga kejayaan milik kita...

usul debat perdana integriti;


1. SISTEM PENDIDIKAN KITA GAGAL MEMUPUK INTEGRITI NASIONAL


2. RUKUN NIAGA MALAYSIA HANYA SEKADAR HIASAN


3. KEKURANGAN GAJI PUNCA RASUAH


4. PEMBANGUNAN NEGARA SEIRING PEMBANGUNAN INTEGRITI


5. INTEGRITI PERKHIDMATAN KESIHATAN MENGECEWAKAN


6. JENAYAH KOLAR PUTIH MEMBIMBANGKAN


7. PERKHIDMATAN AWAM MASIH DI TAKUK LAMA


8. INTEGRITI MENJAMIN KESTABILAN EKONOMI


9. PERGELUTAN POLITIK MEMERLUKAN PENDEKATAN REFORMIS


10.PERPADUAN POLITIK MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


11. PEMANTAPAN INTEGRITI: 1 MALAYSIA JAWAPAN TERBAIK


12. PROGRAM PENERAPAN MODAL INSAN IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI


13. PENGUKUHAN INTEGRITI TANGGUNGJAWAB RAKYAT


14. BLOGGER IBARAT API DALAM SEKAM


15. TEMPOH LATIHAN KHIDMAT NEGARA WAJAR DIPANJANGKAN


16. KAWALAN LAMAN SOSIAL SATU KEPERLUAN


17. BTN PERLUKAN PEMBAHARUAN


18. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT: HANGAT-HANGAT TAHI AYAM


19. PENIAGA KITA TIDAK BERINTEGRITI


20. MEMERANGI RASUAH: KITA TIDAK SERIUS


21. KEMAJUAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA INTEGRITI RAKYAT


22. BANK BAYI PENYELESAIAN TERBAIK


23. SUDAH TIBA MASANYA PESALAH JALAN RAYA DI HUKUM MATI


24. KEBANJIRAN PATI: SALAH MAJIKAN


25. MASALAH ALAM SEKITAR: MASALAH INTEGRITI


26. PEMBUDAYAAN INTEGRITI BERMULA DARI PEMIMPIN


27. INTEGRITI MEDIA MENGECEWAKAN


28. MEMUPUK INTEGRITI RAKYAT: ARTIS PERLU LEBIH PEKA


29. ANJAKAN PARADIGMA DI MALAYSIA SUDAH TERHENTI


30. EKONOMI KAPITALISME MEMBELAKANGKAN KEADILAN SOSIAL


31. DEMI NEGARA KITA PERLUKAN GENJATAN POLITIK

32. FEDERALISM MENGGUGAT PERPADUAN ANTARA WILAYAH

33. KEMISKINAN HANYA SATU SIMPTOM, BUKAN PUNCA


34. KETELUSAN: MEDIA MASSA UMPAMA SUMPAH-SUMPAH


35. KITA MASIH MENCARI IKON INTEGRITI

36. BIROKRASI SISTEM TIDAK MEMBANTU

37. SEMANGAT INTEGRITI BELUM DIKONGSI

38. ERTI INTEGRITI PERLUKAN PIAWAIAN

39. KEBAJIKAN SOSIAL RAKYAT PRIORITI KELAS KETIGA


40. BOIKOT IALAH SENJATA PENGGUNA