۞ PENGIKUT

Thursday, January 2, 2020

Mimpi Kita Moga Terlaksana!

MISI DAN VISI
klik gambar untuk zoom-in

OBJEKTIF
klik gambar untuk zoom-in
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah, 2 : 286)

Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011 telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas.

Delegasi UPSI diwakili oleh Noraini Munawar, Mohd Hisyam Asim, Mohd Ihtifazudin dan M. Idiris bin Abd. Ghani. Pasukan UPSI telah berjaya melepasi peringkat suku akhir. Tahniah kepada semua pendebat.

Berikut merupakan gambar-gambar suasana pertandingan.


Mohd Ihtifazudin, Noraini Munawar & Hisyam.




Delegasi Debat UPSI.

Thursday, July 21, 2011

Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011

Assalamualaikum

22 Julai 2011, pasukan debat UPSI akan bertolak ke Universiti Teknologi Petronas untuk Pertandingan Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2011. Pasukan kita diwakili oleh :

1. Nuraini Munawar
2. Hisyam Assim
3. Mohamad Ihtifazuddin
4. Muhammad Idris

Semoga pasukan debat UPSI akan memperolehi kejayaan di dalam pertandingan ini serta mendapat pelbagai pengalaman serta pengetahuan baru yang akan dikongsi bersama-sama seluruh ahli Kelab Debat UPSI.

Thursday, July 7, 2011

Debat Perpaduan 2011

Debat Perpaduan akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 23 - 27 Julai 2011. Berikut adalah usul yang akan diperdebatkan :



  1. Model Ekonomi Baru: satu angan-angan.
  1. Demonstrasi jalanan menggugat kestabilan negara.
  1. Pemerkasaan perpaduan rakyat: pelan transformasi ekonomi jawapannya.
  1. Konsep kesederhanaan pelengkap gagasan 1Malaysia.
  1. Meja bulat 1 Malaysia platform kestabilan hubungan antara kaum.
  1. Dialog antara agama perkukuh integrasi nasional.
  1. Isu perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
  1. Malaysia perlukan ideologi pluralisme.
  1. 1 Malaysia ancaman kepada ketuanan Melayu.
  1. Gagasan 1 Malaysia bukan Malaysian Malaysia.
  1. Akta Hasutan ubat luput tarikh.
  1. Isu perpaduan hanya rekaan ahli politik.
  1. Dewan mencadangkan penggunaan undang-undang sebagai alat perpaduan.
  1. Akhbar mengikut etnik menjejaskan integrasi nasional.
  1. EKUINAS suatu liabiliti.
  1. Orang Melayu perlu dibuang tongkatnya.
  1. Malaysia perlukan model perpaduan baru.
  1. Dewan ini menyokong keutamaan kepada negara berbanding bangsa.
  1. Isu perpaduan: media arus perdana dalangnya.
  1. Representasi kaum dalam kabinet tidak penting lagi.
  1. Parlimen mahasiswa cuma wajah baharu.
  1. Rukun Negara sudah tidak rukun.
  1. Pendidikan dan perpaduan, seiring tidak sehaluan.
  1. 1 Juta Belia hanya angka.
Dr Yasmin Ooi Beng Houi
Ketua Hakim
Pertandingan Debat Perpaduan 2011 
SUMBER : [KLIK]

Friday, June 10, 2011

PECAH


PECAH merupakan akronim bagi program Pesta Cakna Hujah di mana ia merupakan program yang melibatkan peserta daripada universiti di seluruh Malaysia. Program ini terdiri daripada bengkel dan perkongsian ilmu tentang teknik perdebatan. 'Mini Tournament' juga akan berlangsung bagi memantapkan skil perdebatan para peserta [SUMBER]. Berikut adalah butir-butir program :


Tarikh : 24 - 26 JUN 2011
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak UPSI akan menghantar 2 buah pasukan untuk menyertai PECAH iaitu seramai 8 orang peserta. Setakat ini, hanya 5 orang yang telah memberikan jawapan pasti untuk menyertai aktiviti ini iaitu Nuraini Munawar, Nurashikin Mohd Najib, Musfirah Hasan, Ter Hoon Boon dan Mohd Shahril Khasin. 

Latihan persediaan untuk program PECAH akan berlangsung bermula daripada 20 JUN 2011 dan penginapan akan disediakan di KHAR bermula pada 19 JUN 2011. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah berhubung dengan Musfirah Hasan.

Semoga kita sama-sama memperoleh ilmu dan manfaat di dalam program ini bagi memartabatkan lagi Kelab Debat UPSI. InsyaAllah. 

Sunday, March 20, 2011

Pertandingan Debat Perdana Integriti 2011


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pertandingan Debat Perdana Integriti melabuhkan tirai dengan Universiti Multimedia (MMU) dinobatkan sebagai johan menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pertandingan ini melibatkan 30 pasukan yang terdiri daripada Universiti awam dan swasta negara.


Pasukan Debat UPSI diwakili oleh Noraini Munawar, Hisyam Asim, Noraini Ahmad dan Fawiz Bakri telah menduduki tempat ke-9 daripada 30 pasukan. Berikut merupakan gambar-gambar suasana pertandingan:









Pertandingan Debat Perdana Integriti yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) yang masuk tahun ketujuh bertemakan 1 Malaysia Berintegriti.


Pertandingan ini bertujuaan mempromosi serta membudayakan etika dan integriti di dalam kalangan warga kampus serta diharap dapat menambahkan kefahaman mengenari usaha pengukuhan integriti dalam kalangan mahasisiwa.



Thursday, January 27, 2011

PERTANDINGAN: Debat Keamanan Ala Presiden 2011 (UPNM)

Pada 16-19 Januari 2011, buat pertama kalinya, Pertandingan Debat Keamanan dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bertempat di Esset Bangi, pertandingan yang menggunakan format debat ala presiden ini melibatkan 32 pasukan daripada IPTA dan IPTS dari seluruh Malaysia.

Universiti Pendidikan Sultan Idris diwakili oleh UPSI 1: Ahmad Baihaqi & Noraini Munawar, manakala UPSI 2: Suhaimi A. Rahman & Muhd Hisyam Assim. Berikut merupakan tajuk-tajuk yang telah diputuskan oleh pihak penganjur dalam pertandingan kali ini:

Pusingan Pertama:
Jika saya mewakili Malaysia ke PBB, saya akan usulkan Wikileaks perlu disekat

Pusingan Kedua:
Jika saya Presiden US, operasi ketenteraan di Timur Tengah saya diteruskan

Pusingan Ketiga:
Kalau saya mewakili Malaysia ke Bank Dunia, Dinar Emas saya usulkan sebagai remedi ekonomi global

Pusingan Keempat:
Jika saya Pengerusi ASEAN, saya mengusulkan Selatan Thailand perlu diberikan kuasa autonomi

Pusingan Kelima:
Jika saya Pengerusi Kesatuan Afrika (AU), Referendum Pemisahan Sudan 2011 saya boikot, demi keamanan serantau

Pusingan Keenam:
Jika saya Presiden Iran, sasaran nuklear saya tujukan kepada Arab Saudi, bukan Israel

Pusingan Suku Akhir:

Jika saya PM Malaysia, saya mengusulkan satu Inovasi terhadap Keselamatan Teknologi Maklumat Malaysia

Pusingan Separuh Akhir:
Jika saya PM Malaysia, demi keamanan, ISA saya mansuhkan

Pusingan Akhir 3/4:

Jika saya PM Malaysia, Revolution in Military Affairs (RMA) menjadi keutamaan dalam bajet, demi keselamatan

Pusingan Akhir:
Jika saya PM Malaysia, saya usulkan perdebatan berkaitan hal rakyat secara terbuka boleh menggugat keamanan negara

Tahniah kepada UKM atas kejayaan bergelar juara sulung Debat Keamanan Ala Presiden. Tahniah juga kepada UPNM atas kejayaan penganjuran debat kali ini.

Tuesday, January 25, 2011

LATIHAN: Setiap Selasa

"Man jadda wa jada wa man zaroa' khosada"
~Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya dan barangsiapa yang menanam dialah yang akan mendapat hasilnya~


Oleh yang demikian, untuk mencapai kejayaan dan menjadi pendebat terbaik, marilah kita bersama-sama meluangkan masa untuk pergi ke latihan debat pada setiap hari Selasa (malam).


KUO/KHAR:
8.00 malam
Bilik Gapura


KAB/KZ
8.00 malam
Foyer JMK KAB


p/s: Usul yang digunakan ialah usul Debat Integriti 2011

Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.
~MAJULAH DEBAT UNTUK UPSI~

Monday, January 24, 2011

PEMILIHAN: Pertandingan Pidato Antarabangsa BM 2011

Maklumat Pemilihan:
    • TARIKH    : 24 Januari 2011
    • HARI         : Isnin
    • JAM          : 8.00 pm
    • TEMPAT  : Ruang Legar Bitarasiswa
TAJUK PIDATO:
  1. Bangsa berilmu bangsa bertamadun
  2. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung
  3. Kemulian bangsa pada budi bahasanya
p/s : Jangan lepaskan peluang anda untuk mengharumkan nama UPSI.
       Jangan sia-siakan bakat yang telah dianugerahkan-Nya.

                                                ~MAJULAH PIDATO UNTUK UPSI ~

PEMILIHAN: Debat Integriti 2011

Maklumat Pemilihan:
  • TARIKH : 29/ 1/ 2011 
  • HARI : Sabtu 
  • MASA : 8.00 am - 1.00 pm
  • TEMPAT : Ruang Legar Tingkat 1 Bangunan E-Learning

p/s : Sama-samalah kita memeriahkan pemilihan tersebut.. Semoga yang terbaik akan terpilih.

~ MAJULAH DEBAT UNTUK UPSI ~

USUL: Debat Integriti 2011

A. Usul Pentadbiran

1. Bekerja di Rumah Jawapan kepada Integriti Penjawat Awam.
2. Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.
3. Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.
4. Audit Nadi Integriti Sektor Awam.
5. SPRM : Langkah Bijak.
6. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.
7. NKRA : Satu Pembaziran.
8. Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.
9. KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.
10. Gaji Minimum Bukan Jawapannya.

B. Usul Politik

1. Wikileaks Penggugat Integriti.
2. Masalah Rasuah : Iltizam Politik Didamba.
3. Rasuah di Malaysia Sudah Kronik.
4. Politik Malaysia Belum Matang.
5. Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.
6. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.
7. Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori kepada Pesalah Rasuah.

C. Usul Ekonomi

1. IMF Ibarat Lintah.
2. AIG : Krisis Enron Kedua.
3. Negara Berpendapatan Tinggi : Jauh Panggang Dari Api.
4. ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.
5. Model Ekonomi Baru : Satu Angan-Angan.
6. Tadbir Urus Baik Penentu NKEA.
7. Pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.

D. Usul Sosiobudaya

1. Meritokrasi Pengukuh Perpaduan Negara.
2. 1 Malaysia : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.
3. Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.
4. Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.
5. Rakyat Kita Tidak Serius tentang Soal Integriti.
6. OKU Masih Tersisih.
7. Integriti : Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.
8. Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.
9. Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.
10. Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.
11. Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.
12. Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan.
13. Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.
14. Judi dan Sukan : Nila dan Susu.
15. Swapendedahan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.
16. Benih Integriti Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh.

Friday, December 31, 2010

PERTANDINGAN: Debat Diraja Antara IPTA 2010

Pertandingan Debat Diraja Antara IPTA 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2010 sehingga 22 Disember 2010. Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat yang berprestij ini dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).


Delegasi Pasukan Debat Bahasa Melayu UPSI


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menghantar 3 pasukan untuk kategori Debat Bahasa Melayu, 2 pasukan untuk Kategori Debat Bahasa Arab dan Debat Bahasa Inggeris. Delegasi UPSI ke pertandingan Debat Diraja kali ini menunjukkan perkembangan positif dalam memajukan lagi bidang seni orator Universiti.


Pasukan Utama 1 dari kiri: Kadir, Baehaqie, Fazila dan Anies



Dalam Kategori Utama Bahasa Melayu, Pasukan Utama 1 UPSI yang dibarisi oleh Ahmad Baehaqie bin Mohd Yunos, Nor Fazila binti Asirnar, Nadia Fitriyana binti Ahmad Narzaray dan Mohd Kadir bin Ali telah memberi saingan dalam pertandingan dengan memenangi 3 daripada 6 perlawanan saringan.



Pasukan Utama 2, dari kiri: Faizal, Ihtifazudeen, Fawiz dan Aini
Sesi Kuarantin selama 30 minit


Begitu juga dengan Pasukan Utama 2 UPSI yang digandingkan kali kedua selepas kejohanan Debat Terbuka Astar iaitu Mohd Faizal Azmi, Muhammad Fawiz bin Bakri, Noraini binti Ahmad dan Mohd Ihtifazudeen bin Ridzuan juga telah memenangi 3 daripada 6 perlawanan saringan.


Biarpun kedua-dua pasukan tidak berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, namun keadaan tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang sehabis daya. Menang kalah adalah adat pertandingan dan mereka percaya pasti akan ada rezeki di masa hadapan.




Delegasi Pasukan Debat Bahasa Arab UPSI
Majlis Malam Anugerah MADUM


Dalam kategori Bahasa Arab pula, untuk Kategori Utama, Pasukan Debat Bahasa Arab UPSI dibarisi oleh Rozielah binti Azmi, Wan Mohd Adam bin Abd. Halim, Khairul Hanis binti Nazarudin dan Faisal bin Ibrahim telah membanggakan UPSI apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir biarpun baru pertama kali mewakili Universiti dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab.

Dengan kejayaan ini, diharapkan akan akan membakar lagi semangat mereka untuk menimba pengalaman dan mencari rentak dalam seni pengucapan awam demi nama Universiti.



Pendebat Bahasa Arab yang berpotensi


Kejayaan mereka bertambah manis apabila pasukan Muda Debat Bahasa Arab UPSI yang diwakili oleh Nazilah binti Said, Muhammad Maghfur bin Ibrahim Akhibi, Nurazizah binti Maafop, Siti Naquiyah binti Mohd Suyut turut berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir. Dengan kejayaan ini telah membuktikan mereka berpotensi besar untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh dalam bidang seni orator.




bergambar kenangan sekitar UTHM

Thilaga, Sanjay dan Fawiz

Selepas Pertandingan akhir Debat Diraja


Bagi Debat Bahasa Inggeris pula, pasukan Muda UPSI 2 yang diwakili oleh Sanjiya Narayanan Pamusamy, Thilaga Ravinthar, Ter Boon Hoon dan Suria Bhawani Gohbalan telah berjaya memenangi 3 daripada 5 perlawanan saringan. Manakala Pasukan Muda UPSI 1 yang diwakili oleh Hazri Shahreen bin Hashim, Nurul Ain binti Mohd Jamil, Nor Farhana binti Ahmad dan Sangitha Rajandran telah menunjukkan prestasi yang baik dengan memberi saingan kepada Universiti-Universiti yang lain.


Sebelum masuk dewan pertandingan

Dalam Kategori Bahasa Melayu Muda, Pasukan Muda UPSI yang dibarisi oleh Noraini Munawar, Mohd Hisyam Hasim, Mohd Shahril Khasin serta Mohd Idris bin Abdul Ghani yang mengantikan Asmadi bin M Zain . (terpaksa menarik diri atas masalah peribadi). Mereka telah berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir bagi Kategori Muda. Mereka telah memberi saingan sengit dengan pasukan UiTM muda 2 di peringkat separuh Akhir dengan usul Dewan Ini percaya Modifikasi Genetik Menjejaskan Alam Sekitar. Syabas kepada Pasukan Muda UPSI.


Noraini Munawar

Alumni UPSI/Pendebat Senior yang memberi sokongan penuh.
Nadiah Che Rahim dan Halimatul Saadiah Mohd Akir


Pasukan UPSi juga diserikan lagi dengan kehadiran mantan Pendebat Senior UPSI yang tidak jemu memberi sokongan padu kepada pasukan Debat UPSI. Kehadiran mereka amat dirasai memberi kesan besar kepada mental dan semangat kepada para pendebat UPSI. Kejayaan Alumni Pendebat UPSI sama ada kategori Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris juga banyak menyuntik semangat kepada Pendebat Muda agar gigih berusaha bagi mencontohi kejayaan yang telah berjaya dicipta oleh mereka di peringkat yang lebih tinggi.





Memetik Kenyataan Ketua Juri Debat Diraja 2010, Dr Ramzah Dambul, (UMS), ada pelbagai mazhab debat di Malaysia, yang dianuti oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Dek kerana Orator itu satu seni, tentu sekali ia boleh didekati dari sudut dan dimensi yang berlainan.

Ada yang melihat debat sebagai pertentangan fakta dan pengetahuan sepenuhnya. Ada juga yang suka melihat kepada aspek taktikalnya. Tentang bagaimana pendebat Memanipulasikan elemen mantik dan semantik-untuk menghasilkan bujukan.

Ada juga yang suka pada retorik. Iaitu kepintaran pendebat membuai sentimen, menerusi permainan kata-kata. Jika dikuasai dengan baik, ia juga boleh menghasilkan bujukan yang tinggi.


Pasukan Muda UPSI Mohd Shahril, Noraini, Hisyam dan Mohd Idris


Maka secara dasarnya, Debat Diraja 2010 telah banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada Pasukan Debat UPSI. Ianya bukan memenuhi dua pra-syarat asas iaitu pintar membaca dan mahir mendengar sahaja. Debat ini juga bukan mengenai retorik bahasa dan huraian empirikal semata-mata. Tapi jelas dengan Isu biasa dalam debat iaitu kebanjiran idea. Maka dengan adanya pertandingan ini, kemahiran tertinggi dalam debat iaitu daya selektif dapat dipupuk dalam diri para pendebat.



Selain itu, para pendebat UPSI dapat meningkatkan lagi prestasi dan menguasai isu dan pengetahuan semasa dalam melahirkan warga ibu kandung suluh budiman yang berjaya bukan sahaja dalam kefasihan berkata-kata tapi tajam dalam pemikiran. Sekalung Tahniah kepada Semua Delegasi Pendebat UPSI ke pertandingan Debat Diraja Antara IPTA 2010.


:FB:


Sunday, December 26, 2010

USUL: DEBAT PIALA PENGETUA KHAR 2011

Debat Piala Pengetua KHAR 2011

SOSIAL
1.     Generasi Muda Kita Patriotik.
2.     Bloggers: Duri Dalam Daging.
3.     Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal.
4.     Setelah 53 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan.


PENDIDIKAN
1.     Lambakan Graduan Pendidikan, Silapnya Pada Graduan.
2.     Pendidikan kita ketinggalan.
3.     Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.
4.     Universiti APEX Tidak Cukup Satu.


POLITIK MALAYSIA
1.     Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini.
2.     Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan.
3.     1 Malaysia Simbol Politik.
4.     Ahli Politik Kita Mementingkan Perpaduan.

*SEMUA USUL DI ATAS ADALAH GABUNGAN USUL YANG TELAH DIBERIKAN OLEH SETIAP KOLEJ.. SEMOGA BERJAYA.. 
 
PIALA PENGETUA KHAR
2011
MILIK SIAPA...??

NANTIKAN JAWAPANNYA..

Tuesday, November 2, 2010

PERTANDINGAN: Debat Perpaduan 2010

Pada 16 hingga 20 Oktober yang lalu, Pertandingan Debat Perpaduan telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan menampilkan pasukan debat daripada pelbagai IPTA mahupun IPTS. UPSI telah menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada Noraini Munawar, Nor Fazila Asirnar, Mohd. Hisyam Assim dan Ter Hong Boon.

Terdapat 6 saringan yang diadakan sebelum peserta layak ke peringkat suku akhir.

Saringan pertama : UPSI ( pembangkang ) vs UTHM ( kerajaan )
Isu Perpaduan Dipolitikkan. Usul diterima dengan margin 2.

Saringan kedua : UPSI (pembangkang) vs UM
Perpaduan Kaum di Malaysia Masih Di Takuk Lama. Usul diterima dengan margin selesa.

Saringan Ketiga : UPSI (kerajaan) vs Lim Kok Wing (pembangkang)
Isu Perpaduan : Perjalanan Kita Masih Jauh. Usul diterima margin 5.67

Saringan Keempat : UPSI ( kerajaan ) vs USM ( pembangkang )
Kahwin Campur Adalah Jawapan Kepada Integrasi Nasional. Usul ditolak margin 4

Saringan Kelima : UPSI ( kerajaan ) vs UNIMAP ( pembangkang )
Rukun Negara Masih Dijunjung. Usul diterima margin 4

Saringan Keenam : UPSI (kerajaan) vs MMU2 (kerajaan)
Ahli Politik Kita Mementingkan Perpaduan. Usul diterima margin selesa

Dengan margin keseluruhan 1.17, UPSI menduduki ranking ke-11 daripada 22 buah pasukan yang bertanding. Walaupun tidak layak ke peringkat suku akhir, pencapaian UPSI amat membanggakan lebih-lebih lagi dengan kemunculan pendebat baru di dalam pasukan ini iaitu Muhd Hisyam Assim dan Ter Hong Boong.

Thursday, October 7, 2010

KEJAYAAN: PIDATO KEPENGGUNAAN

Pertandingan Pidato Kepenggunaan antara IPT Negeri Perak menyaksikan pemidato UPSI, Muhammad Azli bin Md. Ali muncul sebagai johan menewaskan tujuh pemidato yang lain. Pertandingan yang diadakan pada 4 Oktober 2010 itu diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak.
        Bertemakan Kuasa Pengguna: Satu Pengguna Satu Suara, Muhammad Azli telah menyampaikan pidato  yang bertajuk Penyalahgunaan Jualan Langsung. Berdasarkan hujah, bahasa dan penyampaian yang mantap, Muhammad Azli telah berjaya menambat hati hakim dan juri awam untuk dinobatkan sebagai johan. Selain piala pusingan, Muhammad Azli membawa pulang wang tunai, piala iringan, sijil dan buku. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato’ Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan, dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.
        Naib johan dimenangi oleh Nur Ilani dari UniKL RCMP, manakala tempat ketiga diraih oleh Az-Zahra dari IPG Kampus Ipoh, Perak. Pertandingan ini turut disertai oleh UTP, UiTM Perak, Politeknik Ungku Omar, Institut Teknologi Perak, dan UniKL MIMET. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Kelab Pengucapan Awam UPSI pada masa akan datang. Insya-Allah.

Wajah-wajah ceria
Bersama pemidato yang lain
Muhammad Azli bersama Dato' Mah Hang Soon dan Pengarah UiTM Perak


::NM::

Monday, September 27, 2010

SYABAS CIKGU


Abang Kazarudin


Abang Hairi



Abang Faiz



Abang Kamarudin


Kakak Siti Habibah



Abang Johan


Selamat kembali buat semua Alumni Kelab Pengucapan Awam UPSI untuk majlis

KONVOKSYEN KE - 12 SIDANG DUA

dan pengiktirafan sebagai anak kandung suluh budiman. Semoga ALLAH mudahkan kalian

menjadi pendidik anak bangsa.