۞ PENGIKUT

Thursday, October 7, 2010

KEJAYAAN: PIDATO KEPENGGUNAAN

Pertandingan Pidato Kepenggunaan antara IPT Negeri Perak menyaksikan pemidato UPSI, Muhammad Azli bin Md. Ali muncul sebagai johan menewaskan tujuh pemidato yang lain. Pertandingan yang diadakan pada 4 Oktober 2010 itu diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak.
        Bertemakan Kuasa Pengguna: Satu Pengguna Satu Suara, Muhammad Azli telah menyampaikan pidato  yang bertajuk Penyalahgunaan Jualan Langsung. Berdasarkan hujah, bahasa dan penyampaian yang mantap, Muhammad Azli telah berjaya menambat hati hakim dan juri awam untuk dinobatkan sebagai johan. Selain piala pusingan, Muhammad Azli membawa pulang wang tunai, piala iringan, sijil dan buku. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato’ Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan, dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.
        Naib johan dimenangi oleh Nur Ilani dari UniKL RCMP, manakala tempat ketiga diraih oleh Az-Zahra dari IPG Kampus Ipoh, Perak. Pertandingan ini turut disertai oleh UTP, UiTM Perak, Politeknik Ungku Omar, Institut Teknologi Perak, dan UniKL MIMET. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Kelab Pengucapan Awam UPSI pada masa akan datang. Insya-Allah.

Wajah-wajah ceria
Bersama pemidato yang lain
Muhammad Azli bersama Dato' Mah Hang Soon dan Pengarah UiTM Perak


::NM::