۞ PENGIKUT

Wednesday, July 21, 2010

Pertandingan Debat Alam Sekitar 2010

Edisi Debat Alam Sekitar telah kembali dan kali ini diadakan di Universiti Malaysia Terenganu. Debat Alam Sekitar merupakan kejohanan Debat kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Kejohanan kali ini diadakan pada 16 Julai 2010 hingga 19 Julai 2010.


Pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diwakili oleh Amirul Ridzuan bin Abdul Rahman, Muhammad Fawiz bin Bakri, Nadia Fitriyana binti Nazaray dan Mohd Suhaimi bin Abd. Rahman. 


Biarpun tidak berjaya melepasi peringkat suku akhir, namun Pasukan UPSI telah berjaya memberi saingan dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bagi menempatkan diri antara Universiti berpotensi. Berikut merupakan hasil prestasi UPSI:


Saringan pertama menemukan UPSI dengan Unitar dengan usul Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar, UPSI berjaya memenangi perlawanan dengan margin selesa iaitu 6.67 dan menduduki ranking ke 3.


Saringan kedua pula semakin sengit apabila pasukan pendebat UPSI bertemu dengan UIA. Usul Isu Alam Sekitar, Ngo Menangguk di Air yang keruh, UIA telah memenangi perlawanan dengan margin 3.25. kedudukan berubah menjadi 8.


Saringan ketiga menemukan pasukan UPSI dengan Swing, Pasukan UPSI berjaya membuktikan usul Prasarana Terbina Alam Sekitar Merana, dengan menang margin 2.0. Kedudukan UPSI berubah menjadi ranking 5.


Saringan keempat pula sekali lagi menemukan UPSI dengan pasukan UIA. Perdebatan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi. Usul Program Mekanisme Bersih (CDM) lebih menguntungkan syarikat berjaya dibuktikan oleh UPSI apabila memenangi perlawanan dengan margin tipis 1.0. Ranking UPSI menjadi 4.


Saringan kelima UPSI bertemu dengan pasukan yang diberi jolokan 'Naga yang baru bangun dari tidur' iaitu UTHM. Berbekalkan Usul, Penggunaan Air Tanah Membawa Bencana Kepada Alam Sekitar. UPSI telah ditumpaskan oleh UTHM dengan juri 2:1 dan margin 2.25. Ranking UPSI berubah menjadi tempat ke 7.


Saringan keenam pula UPSI bertemu dengan pasukan MMU. Dengan Usul Pengurusan buangan Elektrik dan Elektronik Berjaya dilaksanakan. MMU telah memenangi perlawanan dengan margin besar iaitu 6 menyebabkan kedudukan ranking UPSI jatuh menjadi 12.


Biarpun kedudukan UPSI secara keseluruhan menjadi 12, Namun saringan awal hingga 5 telah menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya menempatkan pasukan dalam kedudukan 8 terbaik daripada 22 Universiti yang bertanding. Pencapaian ini merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan biarpun UPSI telah kalah kepada MMU, namun masih membuktikan mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah kepada Pasukan Pendebat UPSI di Kejohanan Debat Alam Sekitar edisi 2010.



Nadia Fitriyana membuat pembidasan.


Amirul Ridzuan membuat sesi penggulungan.
UMT menjadi Tuan Rumah.  Berlatarkan pasir pantai yang memutih.







:FB: